Anak Anda
        Boleh Cepat Membaca !


Beli Sekarang!

Anda bukan membeli..
tetapi anda sebenarnya
MELABUR untuk MASA DEPAN ANAK ANDA

Usah tunggu-tunggu lagi. Wang boleh dicari tetapi masa yang pergi tidak boleh diganti. MASA EMAS ANAK ANDA AMAT BERHARGA

MULALAH BERTINDAK SEKARANG!
SEGALA-GALANYA DI TANGAN ANDA




"Malaysian Product of International Quality"

'I Can Read' contains a well-researched and logical system of teaching children to read. It gives a clear guide to teaching reading... And it is most essential for parents who want to teach reading at home.”

Rasheedah Zakariya
Pakar Motivasi Keibubapaan dan Anakku Bijak Belajar
Selalu muncul di RTM dan TV3

Pakej 'Cepat Baca'
Kaedah Fonemik Cepat Membaca




ANUGERAH
BUKU NEGARA
2005”
anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara
 


Kursus Ameen
Kaedah Mengajar 'Cepat Baca'




PELAJARI KAEDAH MENGAJAR ANAK MEMBACA DENGAN BERKESAN DI RUMAH!

Dapatkan tarikh kursus di sini


7 Sebab Mengapa Setiap Ibu Bapa
MESTI Memiliki Buku
Cepat Baca!


  1. Anak anda akan lebih mudah belajar membaca kerana buku Cepat Baca telah disusun rapi dengan mengambil kira tahap perkembangan psikologi anak-anak.


  2. Anda mudah mengajar anak anda membaca dengan buku ‘Cepat Baca’ kerana panduan ringkas diberikan pada setiap muka surat.
     
  3. Anda tidak perlu lagi mencari buku-buku untuk anak anda cepat membaca kerana pakej ‘Cepat Baca’ lengkap.

  4. Anak yang lebih awal membaca akan sentiasa terkehadapan daripada kawan-kawannya.
     
    “One who starts early will always
    stay ahead!” kata pujangga.

    Dengan buku ‘Cepat Baca’, anak anda bukan sahaja boleh cepat membaca tetapi lancar membaca pada usia yang lebih awal.

  5. Anak anda akan mudah menerima pelajaran kerana penguasaan kemahiran membaca adalah nadi kepada pembelajarannya.
     
  6. Anak anda akan minat membaca dan gembira mempelajari perkara baru setiap hari bukan sahaja di sekolah malahan juga di rumah.

  7. Anda tentunya berasa gembira apabila melihat anak anda berjaya dalam pelajarannya.


Anak berilmu keluarga beruntung
 


“Pakej Cepat Membaca Ameen memang hebat dan user-friendly. Panduannya mudah difahami dan lebih penting saya percaya dan yakin ia boleh membantu ibu bapa mengajar anak-anaknya sendiri membaca di rumah.”

Dr Syukri Abdullah
Pakar Motivasi Keibubapaan & Strategi Belajar.
Juga Penulis Buku Popular "Anakku Bijak Belajar - Sentuhan Ibu Bapa"
Selalu muncul di RTM dan TV3


Kemahiran membaca itu bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Anak-anak secara semulajadi boleh berjalan dan berlari. Sebaliknya, anak – anak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan.

Hakikatnya, kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan seterusnya menulis bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai anak-anak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang tidak boleh membaca dan menulis dengan lancar.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu statistik mengenai kebolehupayaan membaca di kalangan pelajar sekolah rendah

“Lebih 100,000 pelajar tahun 2 hingga tahun 6 tidak boleh/lancar membaca.”
Tajuk Akhbar Berita Harian

Ramai anak yang memasuki darjah 1 dalam keadaan tidak boleh membaca Bahasa Melayu apatah lagi Bahasa Inggeris, Jawi mahupun Quran. Anda tentu risau dan takut apabila anak anda sendiri masih tidak boleh/lancar membaca walaupun telah memasuki darjah 2 dan seterusnya. Tetapi percayalah, anak anda sebenarnya boleh membaca sebelum bersekolah lagi.

Hakikatnya, anak, anda mahu, mampu dan sepatutnya membaca dari usia yang awal lagi!

"Farzana Syasya mula membaca Bahasa Melayu semasa usianya 3 tahun lagi."



"Hazeem sudah mula mengenal bunyi-bunyi asas Bahasa Melayu walaupun usianya baru 2 tahun setengah."




Apa itu membaca?

Membaca merupakan proses mentafsir bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf yang bergabung dalam sesuatu perkataan. Kajian-kajian yang terkini menunjukkan bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk boleh membaca.

Apa itu kesedaran fonemik?

Kesedaran fonemik ialah kesedaran bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabungkan dan juga dipisahkan.

Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai fonem iaitu satuan bunyi terkecil yang mampu menunjukkan kontras makna. Dalam bahasa Melayu terdapat 6 bunyi vokal, 27 bunyi konsonan dam 3 bunyi diftong.

Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa juga bahasa. Kemahiran ini perlu dipupuk dan dididik agar anak itu mahir membaca.

  1. Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas(fonem) yang ada dalam sesuatu bahasa.
  2. Kemahiran mengecam bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi tersebut.
     
  3. Kemahiran memadukan bunyi. Ini ialah keupayaan anak untuk memadukan bunyi-bunyi asas dalam sesuatu bahasa itu untuk membentuk perkataan.
     
  4. Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi. Membaca itu sebenarnya ialah keupayaan anak untuk memilih dan memisahkan buyi-bunyi yang ada dalam sesuatu perkataan.
Ini memerlukan keupayaan anak untuk memenggalkan suku-suku kata yang ada di dalam sesuatu perkataan. Keupayaan ini pula amat bergantung kepada kemahiran mengecam dan menggabung bunyi.

Keempat-empat kemahiran ini disusun dalam buku ‘Cepat Baca’ dan ‘I Can Read’ agar mudah diajar oleh ibu bapa dan guru dan mudah dipelajari oleh anak-anak. Pendekatan kata-kata kunci digunakan untuk merangsang daya ingatan anak.

Bagaimana dengan tahap pengajarannya?


Kemahiran-kemahiran asas membaca ini dibahagikan kepada beberapa kelompok pelajaran. Setiap kelompok pelajaran mempunyai aktiviti pelajaran. Setiap kelompok pelajaran mempunyai aktiviti pelajaran, aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan. Kelompok pelajaran yang awal menyediakan anak untuk mampu mengikuti kelompok pelajaran yang seterusnya.

Aktiviti pelajaran bermula dengan satu perkataan atau frasa yang mudah disebut dan dihafal oleh anak. Kemahiran memilih dan memisah bunyi asas(fonem) yang merupakan inti pelajaran disepadukan dengan kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi tersebut.

Aktiviti pengukuhan menyusuli kemudiannya dengan kata-kata dasar yang mengandungi bunyi-bunyi yang dipelajari. Pantun dijadikan bahan asas untuk memantapkan kefahaman anak berkenaan sesuatu bunyi itu.

Kemahiran membaca dipupuk melalui pembacaan cerita dalam aktiviti pengayaan. Cerita-cerita ini menarik dan mudah difahami oleh anak.

Perkembangan kemahiran membaca dalam buku ‘Cepat Baca’ ini disokong oleh ilustrasi, pantun dan cerita yang menarik. Ini bertujuan utnuk menarik minat anak dalam memastikan kesinambungan pelajaran-pelajaran yang ada.
 
“Pengarang berjaya menggabungkan di antara tahap psikologi kanak-kanak dengan kandungan, cara persembahan, ilustrasi yang menarik dan rupa bentuk buku yang tersendiri.”
Prof. Dr. Mohd Hamim Rajikin.
 
Cara Pembelian Produk:

1. Daftar online menggunakan kad kredit atau Maybank2U
Klik di sini untuk membuat bayaran online

2. Bank in ke dalam akaun kami dan kemudian fakskan slip bank.
Klik di sini untuk membuat bayaran offline

* harga termasuk kos penghantaran Semenanjung, Sabah & Sarawak


5 Sebab Mengapa Setiap Ibu Bapa
MESTI Menghadiri Kursus
Cepat Baca!


  1. Anda akan berasa lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk mengajar anak anda membaca. Malah anda tidak akan sabar –sabar untuk mula mengajar setelah menghadiri kursus ini.
     
  2. Anda akan lebih berpengetahuan, berkemahiran, inovatif dan kreatif apabila berhadapan dengan anak-anak anda.
     
  3. Anda tidak akan kekeringan idea lagi dan tertanya-tanya bagaimana? bagaimana? bagaimana? hendak mengajar anak membaca dengan berkesan.
     
  4. Professionalisme anda sebagai seorang ibu atau bapa akan meningkat. Anda juga akan menjadi ibu bapa dan juga guru yang pertama dan terbaik bagi anak anda.
    You are the first and the best teacher for your own child.
     
  5. Masa depan anak –anak tentunya akan lebih cerah kerana anda akan memastikan mereka boleh membaca sebelum bersekolah lagi. Setelah menghadiri kursus ini, anda tidak perlu lagi menyerahkan nasib anak anda kepada pihak sekolah.


Kursus Kaedah Mengajar Ameen telah membantu ramai ibu bapa dan guru untuk mengajar anak-anak kecil membaca. Dengan menggunakan pakej Cepat Membaca Ameen dan disokong dengan kursus kaedah Mengajar Ameen, ramai anak telah berjaya melangkah ke darjah 1 dengan penguasaan kemahiran membaca yang mengagumkan.
 
“Kursus ini memberi kesedaran kepada saya betapa mudahnya untuk mengajar anak membaca di rumah.”
Puan Shahariza, Muar, Johor

“Selepas menghadiri kursus, saya tidak sabar-sabar untuk mencuba apa yang saya pelajari dalam kursus.”
Puan Nurun Nalia, Damansara, KL

“Selepas menghadiri kursus ini, segala permasalahan & persoalan yang bermain-main dalam fikiran saya selama ini terjawab.”
Puan Rin, KL


Berikut adalah masalah yang mungkin anda hadapi...

  • Anda ingin mula mengajar anak anda membaca di rumah tetapi tidak tahu bagaimana dan macamana hendak memulakannya.

  • Anda tahu bagaimana dan macamana hendak mula mengajar tetapi anda tidak ada keyakinan untuk mula mengajar dengan alasan anda tiada pengalaman.
     
  • Anda berkeyakinan dan bersemangat untuk mula mengajar anak anda membaca tetapi anak anda pula tidak berminat.
     
  • Anda berkeyakinan dan bersemangat dan anak anda juga beria-ia untuk belajar membaca tetapi anda kesempitan masa dengan kerja-kerja rumah yang perlu dibereskan dan anak-anak yang lain yang juga perlukan perhatian anda.
     
  • Anda beria-ia hendak mengajar tetapi anda takut anda tiada kesabaran untuk mengajar terutamanya apabila yang diajar ialah anak anda sendiri. Apabila kesabaran tidak dapat dikawal, anda akan mula marah-marah dan sesi pengajaran anda akan menjadi tidak berkesan.
     
  • Anda hendak mengajar anak anda membaca tetapi cara yang anda gunakan tidak sama dengan cara yang digunakan di tadika atau sekolah. Anak lebih cenderung mendengar kata-kata gurunya daripada kata anda, orang tuanya sendiri.
     
  • Kursus Ameen akan menunjukkan kepada anda kaedah mengajar anak membaca yang betul dan berkesan dan memberi anda penuh keyakinan dan semangat dalam masa yang singkat dengan harga yang berpatutan.
     
  • Kursus Kaedah Mengajar Ameen dipenuhi dengan informasi, tips, teknik dan nasihat yang bernas daripada penceramah yang akan menjawab segala persoalan anda selama ini. Di akhir kursus, anda akan berasa yakin dan bersemangat untuk mengajar anak anda membaca kerana anda telah dibekalkan dengan ilmu dan segala kelengkapan mental dan fizikal yang perlu. Anda akan menjadi guru yang pertama dan terbaik untuk anak anda!


Anda akan mempelajari:
  1. Konsep membaca dan kaedah yang digunakan untuk mengajar membaca dalam pakej Cepat Membaca Ameen iaitu kaedah fonemik, satu kaedah terkini yang terbukti berkesan, mudah dan cepat.
  2. Langkah-langkah tunjuk ajar yang tersusun, berperingkat-peringkat dan kreatif agar anak mudah untuk menerima pengajaran.
     
  3. Aktiviti-aktiviti pengukuhan dan pengkayaan yang kreatif dan berkesan yang boleh menarik minat anak untuk belajar membaca.
     
  4. Teknik-teknik pengajaran berkesan yang boleh digunakan untuk memudahkan anak menguasai kemahiran membaca dengan cepat.
     
  5. Asas psikologi kanak-kanak agar anda boleh menjangka dan menangani sebarang masalah yang berkaitan dengan sikap anak anda yang negatif terhadap belajar membaca.
     
  6. Tips dan panduan bagaimana untuk mengoptimakan masa yang sedikit untuk mengajar anak membaca.
     
  7. Perbincangan berkumpulan tentang apa yang perlu dilakukan dalam situasi yang berbeza-beza.
     
  8. Praktikal kepada langkah-langkah pengajaran bagi memantapkan lagi kefahaman anda tentang apa yang telah dipelajari.

 


 


 


 


 

Siapakah yang patut menyertai?

Bagi mereka yang ingin mempelajari cara-cara hendak mengajar anak kecil membaca dengan lebih berkesan khususnya ibu bapa dan guru tidak mengira sama ada yang mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang perguruan ataupun tidak.

Dan juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang telah bersekolah tetapi masih tidak boleh/ lancar membaca, mereka juga sepatutnya menghadiri kursus kaedah mengajar membaca Ameen ini dan ketahui di mana kesilapan mereka dan bagaimana mereka boleh perbetulkan keadaan.

Apa kata peserta kursus Kaedah Mengajar Membaca Ameen?

“Alhamdulillah, walaupun masanya agak singkat tapi ilmu yang saya dapat, begitu memberi semangat kepada saya untuk mengajar.”
Nurul Syariah Abd Wahab
 

“Kursus yang penuh keceriaan, penyampaian yang menarik dan penuh dengan kaedah dan isi yang meluas membuatkan peserta cukup bersemangat.Tahniah!”
Aswani Mat


“Suasana yang ceria, penglibatan dan interaksi peserta dan penceramah sungguh menggalakkan dan sesi praktikal yang amat berkesan dan bermanfaat.”
Azizah Abdullah


“Kursus ini membuka mata saya yang saya juga mampu mengajar anak saya membaca sesibuk mana saya sekalipun.”
Puan Azean


“Saya rasa amat bertuah kerana telah menghadiri kursus ini. Anak saya kini telah boleh membaca hasil tunjuk ajar penceramah yang berpengalaman walaupun dia baru berumur 4 tahun.”
Encik Ridzman

 
Cara Bayaran Pendaftaran:

1. Daftar online menggunakan kad kredit atau Maybank2U RM180
Klik di sini untuk mendaftar & membuat bayaran online


2. Bank in RM180 ke dalam akaun kami dan kemudian fakskan slip bank.
Klik di sini untuk mendaftar online & membuat pembayaran kursus secara offline

 

Surat Daripada Pengarang



Salam,

Syabas saya ucapkan kepada anda yang melawat laman web ini. Ini menunjukkan keprihatinan anda terhadap pendidikan anak-anak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para ibu bapa agar lebih berperanan dalam pendidikan awal anak-anak terutamanya dalam menguasai kemahiran membaca. Ini kerana membaca adalah nadi kepada pembelajaran dan kunci segala ilmu.

Saya telah dianugerahkan dengan enam orang anak - lima lelaki dan seorang perempuan. Mereka ini bukanlah tergolong dalam golongan kanak-kanak pintar atau genius seperti Adi Putera... tetapi yang pastinya, saya pastikan mereka sudah boleh membaca dari usia yang awal...

Anak kedua saya mula membaca semasa dia berumur tiga tahun. Anak ketiga pula semasa dia berumur empat tahun. Anak keempat dan kelima, masing-masing mula membaca semasa berumur lima tahun. Yang lebih menyeronokkan ialah anak saya yang keenam telah mula mengenal bunyi-bunyi huruf seawal 2 tahun. Anak sulung saya pula, walaupun tidak ‘secepat’ adik-adiknya, juga telah boleh membaca semasa umurnya enam tahun.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu statistik; seramai 100, 000 pelajar tahun 2 hingga tahun 6 tidak boleh membaca. Saya percaya ramai di antara anda yang menghadapi masalah anak yang masih terkial-kial membaca walaupun telah bersekolah. Anda mungkin tercari-cari sebabnya, di manakah silapnya? Di manakah puncanya? Mungkinkah ada cara untuk anda membantu?

Pada suatu masa dahulu, saya ialah seorang ibu yang tidak ada pengetahuan apatah lagi pengalaman untuk mengajar membaca. Segala-galanya bermula setelah saya mendaftarkan anak sulung saya ke tadika semasa usianya lima tahun. Setelah setahun dia berada di tadika, gurunya mula menelefon dan meminta saya bersama-sama ‘melihat-lihat’ pelajarannya di rumah.

Saya tersentak. Pada waktu itu, baru saya sedar yang selama ini saya telah menyerahkan nasib anak saya bulat-bulat kepada gurunya. Maknanya sama ada anak saya itu pandai atau tidak, bergantung penuh kepada gurunya. Tetapi sebaliknya, gurunya telah menyerahkan ‘Nya’ (nasib) kembali kepada saya, ibunya...

Saya telah mengendalikan banyak kursus kaedah mengajar membaca di serata Malaysia; membimbing barisan guru dan juga ibu bapa untuk mengajar anak-anak seawal 3 tahun untuk membaca.Dan saya begitu kagum dengan ibu bapa yang datang dari jauh di Selatan dan di Utara dengan begitu bersemangat semata-mata untuk belajar cara-cara hendak mengajar anak membaca.

Maka, amat malang sekali bagi ibu bapa yang masih duduk bersilang kaki, berpeluk tubuh dan menyerahkan masa depan anak-anak mereka bulat-bulat kepada keadaan dan masa. Betapa ramai ibu bapa yang berfikiran ,”Alah ... masuk sekolah nanti pandailah dia membaca...tak payah risaulah.” Tetapi bagaimana kalau sebaliknya berlaku?

Cuba fikirkan apa kelebihan kita sebagai ibu bapa. Kita  mendidiknya semenjak bayi lagi, memahami karenah dan ragamnya, apa yang dia minat dan apa yang dia tidak suka. Dan yang lebih penting ialah kita mahukan yang terbaik untuk mereka. Maka tentunya untuk mendapatkan yang terbaik, kita akan usahakan yang terbaik juga.

Dalam masa tidak sampai 4 bulan selepas panggilan telefon guru anak saya tadi,anak sulung saya akhirnya telah boleh membaca! Kesungguhan dan kesabaran saya akhirnya membuahkan hasil.

Syaratnya, kita ada visi dan wawasan. Saya mahu melihat anak-anak saya memulakan zaman persekolahannya dengan satu kelebihan iaitu kebolehupayaan membaca. Kerana  kelebihan inilah yang akan meletakkannya di barisan hadapan dan kekal di hadapan sehingga ke akhir persekolahannya.

Dengan adanya visi dan wawasan yang mantap ini akan ‘datang’nya kesungguhan dan daya juang yang tinggi untuk berjaya. Tepuk dada tanyalah kata hati kita. Kenapa perlu kita menyerahkan tanggungjawab sendiri kepada orang lain? Malah, bermacam-macam alasan direka untuk mengelak daripada mengajar anak sendiri.

Di sini, saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana kita boleh mengajar anak membaca. Dapatkan cara yang betul dan berkesan dalam mengajar anak anda membaca. Tiada apa yang mustahil. Saya ‘puas’ apabila melihat anak saya boleh membaca dengan hasil usaha saya sendiri. Dengan bangga, saya boleh katakan, anak saya sudah boleh membaca dan sayalah gurunya.

Saya berharap anda juga mampu melakukan yang sama. Mudah-mudahan, anda juga boleh katakan, anak saya sudah boleh membaca dan sayalah gurunya, nanti. Dan anda juga akan dapat merasakan apa yang saya rasa iaitu kepuasan dan kebanggaan mengajar anak sendiri membaca...

Selamat mencuba.


Sebarang pertanyaan mengenai bengkel atau apa jua kemusykilan sila hubungi kami :
 

Alamat:
Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
2-1 Tingkat 1, Jln 9/23A
Medan Makmur off Jalan Usahawan
53200 Setapak KL

Tel: 03 41434343
Faks: 03 41491414
E-mel: ameenbooks@gmail.com